Monday, October 19, 2009

PANITIA ERT SMK FELAI FELDA

MATLAMAT

}Membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
}Pengetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan pemakanan, pakaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti.
}Pelajar dapat mengenal pasti dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang semakin berubah
}Dapat membentuk pelajar yang celik teknologi supaya dapat menyumbang secara optimum dan berkesan kepada pembangunan masyarakat
OBJEKTIF

1.Memperolehi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang makanan dan pemakanan, pakaian
serta keluarga dan tempat kediaman
2.Memilih, mengguna dan menyelenggara alat dan bahan dalam bidang makanan dan
pemakanan ,, pakaian serta keluarga dan tempat kediaman.
3.Menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira dan membuat anggaran.
4.Menggunakan teknologi dalam bidang makanan dan pemakanan, pakaian serta keluarga dan
tempat kediaman.

No comments:

Post a Comment