Wednesday, August 4, 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Bagi memastikan kemenjadian pelajar dalam bidang akademik khususnya berkaitan dengan ERT, panitia telah mengadakan bengkel pada 5hb Mei 2010 bertempat di perpustakaan. Pelajar diberi pendedahan cara-cara menjawab soalan peperiksaan SPM. Diharap agar bengkel ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar.







Tuesday, August 3, 2010

Amali memasak pelajar tingkatan 5

Ermmm.. dah namanya Ekonomi Rumah Tangga.. apalagi.. MASAK merupakan aktiviti utama.. Kini tiba pula giliran pelajar Tingkatan 5 untuk menunjukkan bakat masing-masing...Sedap ke tak sedap ke belakang kira... yang penting cuba dulu.. Kalau tak sedap...cikgu Wati dan cikgu Asmah akan ajar cara masak yang betul.. jom.. saksikan aksi mereka


Penilaian hasil masakan


eh..makcik..ni apo yang ekau masak ni...hehe


Ish..ish....saya tak pernah ajar awak masak macam ni...

Haaa.... ni apo pulak pinggan telangkup ni..macam mano nak makan

Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT NEGERI

Tahniah kepada peserta yang telah mewakili panitia ERT SMK Jelai Felda kerana telah berjaya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan tersebut.. Persaingan yang cukup sengit antara sekolah ERT dengan MPV Katering dan Penyajian.. Walaupun kita hanya sekolah harian biasa, kita tetap berjaya menewaskan pasukan tersebut.. Semoga kejayaan ini dapat memberi semangat kepada semua pelajar ERT SMK Jelai Felda untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.. Insya Allah.. Tahniah diucapkan sekali lagi!




Wednesday, July 21, 2010

Amali Memasak..Persediaan untuk pertandingan

Esok, 22hb Julai 2010 bersamaan hari Khamis.. 2 orang pelajar ERT akan mewakili sekolah dalam pertandingan memasak di Seremban.. Bertemakan menu "hidangan pengantin".. pelajar-pelajar ini tekun membuat latihan dan percubaan memasak bagi memastikan hasil masakan mereka 'berkualiti' dari aspek rasa, hiasan dan sebagainya.. Mereka berusaha memperbaiki mutu masakan dengan dibantu oleh cikgu Asmah dan cikgu Wati.. Kesungguhan mereka ini terbukti apabila latihan terakhir pada hari ini hanya tamat sepenuhnya pada jam 7.00 petang.. Namun, esok adalah penentu segalanya.. Panitia ERT dan warga SMK Jelai Felda berharap agar kejayaan menjadi milik mereka.. Insya Allah...










Tuesday, July 20, 2010

PERATURAN BENGKEL

PERATURAN KHAS
BENGKEL KHB


Bagi memastikan keselamatan guru / staf / pelajar, dan keselamatan barang-barang, serta mengelakkan kemalangan dan kehilangan barang-barang,
Sila patuhi perkara-perkara berikut :


1. Hanya guru yang menguruskan bengkel berkenaan atau mempunyai P&P sahaja di benarkan masuk ke bengkel.
2. Pelajar hanya boleh masuk dengan kebenaran dan pengawasan sepenuhnya guru yang bertugas mengurus bengkel berkenaan sahaja.
3. Bengkel KHB ialah zon larangan kepada semua pihak yang tidak berkaitan dengan pengurusan bengkel dan zon risiko keselamatan kepada guru / staf / pelajar pada sepanjang masa


KERJASAMA SEMUA PIHAK DALAM MEMATUHI PERATURAN AMAT DIHARAPKAN

“ BERSAMA MENJANAKAN KECEMERLANGAN”

Carta Organisasi

Mata Pelajaran Elektif Tahun 2010_033




PANITIA ERTBARU

DATA GURU ERT SMK JELAI (F) 2010


Pn. Wati Bt Jantan
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Rumahtangga

Cik Asmah Bt Saad
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KH)

Belanjawan ERT

BELANJAWAN ERT