Monday, October 19, 2009

HALA TUJU

Pelajar yang mengamil kemahiran ini bukan sahaja mempunyai peluang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran, malah mempunyai peluang kerjaya yang luas. Berikut adalah sebahagian daripada hala tuju para pelajar selepas tamat persekolahan.
.
•UPM
-Ijazah Sains Pemakanan
-Ijazah Pendidikan Sains RumahTangga
• Kolej Komuniti
- Katering
- Bakeri & Pasteri
•Institut Kemahiran Giat Mara
- Jahitan & Fabrikasi
- Solekan dan Terapi Kecantikkan

PEPERIKSAAN

Berikut adalah corak atau bentuk solan peperiksaan yang akan dilaksanakan:


}Kertas 1 – 40 soalan objektif
}Kertas 2 – 4 soalan struktur
}Kerja kursus :
- konstruk yang dinilai :
1. Kemahiran amali ( jahitan)
2. Kemahiran berkomunikasi ( menyampaikan
maklumat )
3. Kemahiran mengorganisasi ( amali masakan)
4. Kemahiran kuantitatif ( pengiraan kos dan
nilai tenaga)
5. Kemahiran penggunaan teknologi

KANDUNGAN MATA PELAJARAN


Mata pelajaran ERT merangkumi tiga bidang utama :
1. Makanan Dan Pemakanan
1.1 Makanan dan pemakanan
1.2 Diet
1.3 Pencernaan dan penyerapan
1.4 Pemilihan dan penyimpanan makanan
1.5 Prinsip memasak
1.6 Pengurusan sajian
1.7 Sanitasi makanan

2. Pakaian
2.1 Kajian fabrik
2.2 Peralatan jahitan
2.3 Pemilihan pakaian
2.4 Membuat pakaian
2.5 Wardrobe
2.6 Label Jagaan Tekstil Antarabangsa
3. Keluarga Dan Tempat Kediaman
3.1 Pengurusan keluarga
3.2 Tempat kediaman dan teknologi

PANITIA ERT SMK FELAI FELDA

MATLAMAT

}Membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
}Pengetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan pemakanan, pakaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti.
}Pelajar dapat mengenal pasti dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang semakin berubah
}Dapat membentuk pelajar yang celik teknologi supaya dapat menyumbang secara optimum dan berkesan kepada pembangunan masyarakat
OBJEKTIF

1.Memperolehi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang makanan dan pemakanan, pakaian
serta keluarga dan tempat kediaman
2.Memilih, mengguna dan menyelenggara alat dan bahan dalam bidang makanan dan
pemakanan ,, pakaian serta keluarga dan tempat kediaman.
3.Menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira dan membuat anggaran.
4.Menggunakan teknologi dalam bidang makanan dan pemakanan, pakaian serta keluarga dan
tempat kediaman.