Wednesday, July 21, 2010

Amali Memasak..Persediaan untuk pertandingan

Esok, 22hb Julai 2010 bersamaan hari Khamis.. 2 orang pelajar ERT akan mewakili sekolah dalam pertandingan memasak di Seremban.. Bertemakan menu "hidangan pengantin".. pelajar-pelajar ini tekun membuat latihan dan percubaan memasak bagi memastikan hasil masakan mereka 'berkualiti' dari aspek rasa, hiasan dan sebagainya.. Mereka berusaha memperbaiki mutu masakan dengan dibantu oleh cikgu Asmah dan cikgu Wati.. Kesungguhan mereka ini terbukti apabila latihan terakhir pada hari ini hanya tamat sepenuhnya pada jam 7.00 petang.. Namun, esok adalah penentu segalanya.. Panitia ERT dan warga SMK Jelai Felda berharap agar kejayaan menjadi milik mereka.. Insya Allah...










No comments:

Post a Comment